RESELLER T&C

1.0 PENDAFTARAN

1.1 Pemohon sebagai Breena Reseller untuk mana-mana level wajib mengisi borang yang ditetapkan oleh pihak HQ bredasarkan butiran yang diperlukan untuk mendaftar.

1.2 No ID akan appear di system account selepas berdaftar dengan account AVANA kami.

1.3 Segala link kemasukan group Telegram & Whatsapp yang diberikan sewaktu menhubungi pihak HQ melalui Whatsapp akan diberikan selepas pengaktifan akan Breena Reseller.

1.4 Panduan submit order juga akan diberikan selepas berdaftar sebagai Breena Reseller.

1.5 Breena Reseller (Dropship & Agent/Stokist/Distributer) ini terbuka pada semua yang mempunyai alamat di dalam Malaysia sahaja. Hanya Agent/Stokist/Distributer terbuka di Singapura.

1.6 Pendaftaran untuk International Reseller perlu memhubungi ihak HQ untuk keterangan lanjut.


2.0 TANGGUNGJAWAB RESELLER

2.1 Semua Reseller bertanggungjawab dan memastikan "alert" dengan segala maklumat & penguguman terkini yang diberikan dari pihak HQ sepenuhnya semasa diumumkan dalam group Telegram & Whatsapp yang disediakan.

2.2 Breena Reseller bertanggungjawab menerangkan produk yang dikeluarkan oleh Breena Beauty kepada pelanggan atau khalayak di platform edaran masing-masing mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak Breena Empire Sdn Bhd.

2.2 Pihak Breena Reseller dilarang menggunakan logo, nama dan hak cipta atau harta intelek Breena Empire Sdn Bhd tanpa sebarang kebenaran bertulis daripada pihak Breena Empire Sdn Bhd.

2.3 Pihak Breena Reseller hendaklah menjaga imej dirinya dan pihak Breena Empire Sdn Bhd dari semasa ke semasa.

2.4 Segala bentuk aduan umum mengenai produk dan perkhidmatan berkaitan pihak Breena Empire Sdn Bhd, pihak Breena Reseller perlulah memaklumkan aduan tersebut terus kepada pihak Breena Empire Sdn Bhd untuk nasihat menyelesaikan aduan tersebut.

2.5 Semua Breena Reseller hendaklah menunjukkan prestasi perniagaan & kerjasama yang baik semasa berdaftar sebagai Breena Reseller.

2.6 Untuk sebarang promosi, pihak Breena Reseller perlu kemukakan surat bertulis beserta cadangan promosi (jika ada) kepada pihak Breena Empire Sdn Bhd dan hendaklah mendapat kelulusan bertulis daripada pihak Breena Empire Sdn Bhd.


3.0 TANGGUNGJAWAB PIHAK SYARIKAT

3.1 Pihak Breena Empire Sdn Bhd bertanggungjawab untuk menerangkan operasi Breena Empire Sdn Bhd dan produk keluaran Breena Empire Sdn Bhd kepada Breena Reseller mengikut garis panduan yang telah ditetapkan

3.2 Pihak Breena Empire Sdn Bhd akan membantu pihak Breena Reseller memasarkan produk dengan memastikan keperluan pemasaran pihak Breena Reseller disediakan selengkapnya.

3.3 Pihak Breena Empire Sdn Bhd akan memastikan aktiviti pemasaran dan penjenamaan produk Breena Beauty sentiasa berjalan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran pihak pelanggan akan kewujudan jenama Breena Beauty.

3.4 Pihak Breena Empire Sdn Bhd bertanggungjawab untuk memantau harga produk di dalam pasaran.


4.0 TANGGUNGJAWAB BERSAMA

4.1 Pihak Breena Empire Sdn Bhd dan Breena Reseller perlu sentiasa bekerjasama dalam memasarkan dan menjenamakan produk Breena Beauty untuk diterima dan dipercayai oleh seluruh rakyat Malaysia secara amnya.

4.2 Pihak Breena Empire Sdn Bhd perlu bersedia untuk menerima cadangan dan aduan dari pihak Breena Reseller untuk tujuan penambahbaikkan bersama dan secara menyeluruh.

4.3 Pihak Breena Reseller perlu bersedia untuk menerima sebarang perubahan yang dilakukan oleh pihak Breena Empire Sdn Bhd dan sentiasa memberikan sokongan kepada pihak Breena Empire Sdn Bhd


5.0 STATUS BREENA RESELLER

5.1 Pihak Breena Reseller perlu membuat pembelian minimum (jika ada) berdasarkan kategori Breena Reseller (Dropship/Agent/Stokist/Leader) yang telah ditetapkan dalam tempoh 2 bulan untuk mengekalkan status sebagai Breena Reseller Aktif.

5.2 Pihak Breena Empire Sdn Bhd berhak menetapkan nilai kos minima dan kelayakan Breena Reseller dari semasa ke semasa. Untuk Breena Reseller yang tidak aktif, pihak Breena Empire Sdn Bhd akan mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada perkara tersebut dan tindakan penambahbaikan akan diambil.

5.3 Kenaikan level akan dinotice secara manual sari masa ke semasa atau pihak Breena Reseller boleh terus menghubungi pihak HQ jika sudah mencapai target yang diberikan untuk kenaikan level.


6.0 HARGA PRODUK

6.1 Pihak Breena Empire Sdn Bhd berhak menetapkan harga jualan untuk setiap produk yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

6.2 Pihak Breena Reseller dilarang sama sekali melakukan perubahan seperti menurunkan harga tanpa mendapat memo atau surat pengesahan daripada pihak Breena Empire Sdn Bhd. Tindakan akan diambil untuk Breena Reseller yang tidak mematuhi harga yang di tetapkan.


7.0 PEMULANGAN PRODUK

7.1 Setiap produk yang telah dibeli daripada pihak Breena Reseller boleh dikembalikan sekiranya:

7.1.1 Produk yang diterima rosak (bocor atau kotak rosak teruk) yang membuatkan produk tidak boleh dijual.

7.1.2 Lain-lain masalah pada produk yang membawa kesan kepada kualiti produk untuk dijual.

7.1.3 Produk boleh dikembalikan jika tidak dapat dijual sehingga 6 bulan daripada tarikh luput dan produk baru akan diberikan sebagai ganti atas budi bicara antara Breena Reseller & pihak Breena Empire Sdn Bhd.


8.0 KAWASAN EDARAN

8.1 Pihak Breena Reseller boleh memilih kawasan edaran di mana-mana sahaja tidak terhad kepada satu kawasan sahaja. 

8.2 Kawasan edaran untuk COD/pickup tertulis adalah untuk kemudahan pelanggan untuk mencari Breena Reseller berdekatan dan boleh dibincangkan bersama pelanggan untuk temujanji COD/pickup semasa berhubung.

8.3 Hanya Breena Reseller & Stokist yang memegang stock sahaja boleh mempunyai marketplace seperti Shopee/Lazada/etc.

9.0 REWARD/BONUS

9.1 Pihak Breena Empire Sdn Bhd akan mengadakan kempen reward/bonus dari masa kesemasa.

9.2 Jenis reward/bonus yang diberikan adalah tertakluk kepada perubahan sama ada dalam bentuk wang ringgit/barang.


10.0 PEMBATALAN STATUS RESELLER

10.1 Sekiranya mana-mana syarat dan terma di atas tidak dipatuhi oleh pihak Breena Reseller, secara langsung kelayakan dan status sebagai Breena Reseller akan terbatal dengan serta-merta dengan notis dan pihak Breena Empire Sdn Bhd mempunyai hak membatalkan mana-mana Breena Reseller sekiranya didapati bermasalah dan terdapat aduan dari pihak pelanggan dengan bukti yang kukuh.

10.2 Pihak Breena Empire Sdn Bhd berhak mengubah syarat dan terma di atas tanpa sebarang notis dari semasa ke semasa untuk menambah baik di masa hadapan